CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

Dalam penulisan atau binaan ayat, kata ganti nama tak tentu perlu digunakan dengan betul mengikut fungsinya.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.



Elak daripada menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata ganti nama tak tentu dalam ayat.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.



Dalam binaan ayat, kata ganti nama tak tentu tidak boleh disertai oleh partikel "kah".

Perhatikan contoh ayat-ayat di bawah ini.
-liyana-

strategi menjawab soalan BM

1. Soalan tentang pengimbuhan ini sering dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu.

2. Namun, tidak mustahil kemungkinan soalan jenis ini dikemukakan pada tahun yang akan datang.

3. Para pelajar perlu menguasai aspek penggolongan kata, pengimbuhan, dan pembentukan ayat
bagi memudahkan pelajar menguasai soalan yang dikemukakan.

4. Para pelajar juga perlu mengetahui dan menguasai kelas kata, makna dan tugasnya dalam ayat
dengan baik.

5. Di samping itu, para pelajar perlu mengetahui imbuhan yang dapat membentuk kata nama, kata
kerja, kata adjektif, dan kata keterangan.

6. Para pelajar juga perlu tahu membezakan imbuhan beR- dan meN- yang pastinya membawa
maksud yang berlainan.
Contoh :
(a) Ayah sedang bercukur.
(b) Ayah sedang mencukur janggutnya yang panjang itu.
Perkataan bercukur ialah kata kerja tidak transitif. Manakala perkataan mencukur ialah keta kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya.

7. Peringatan kepada para pelajar, iaitu jika ke- berfungsi sebagai awalan, kata dasar yang
mengikutinya mesti ditulis serangkai sebagai satu kata. Jika ke- berfungsi sebagai kata sendi, kata
dasar yang mengikutinya mesti ditulis terpisah.
Contoh :
(a) Ketua pengawas ( berfungsi sebagai awalan )
(b) Ke sekolah ( berfungsi sebagai kata sendi )

8. Bagi kata kerja tertentu, apitan meN-....-kan menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan
men-...-i menerima objek yang bernyawa.
Contoh :
(a) (i) Samy melontarkan batu ke arah anjing itu.
(b) (ii) Samy melontari anjing itu dengan batu.
(c) (i) Abang menghadiahkan sebentuk cincin kepada tunangnya.
(d) (ii) Abag menghadiahi tunangnya sebentuk cincin.

9. Bagi imbuhan pinjaman pula, terdapat kekecualian untuk imbuhan maha-. Imbuhan maha-
hendaklah ditulis bersambung dengan kata dasar yang berupa kata nama yang mengikutinya dan
hendaklah ditulis terpisah apabila digabungkan dengan kata dasar yang berupa kata adjektif.
Contoh :
(a) Mahasiswa, Mahaguru, Mahadewa - membentuk kata nama.
(b) Maha luas, Maha Agung, Maha Mulia - membentuk kata adjektif.

10. Semua tip ini adalah penting kepada para pelajar agar dapat menjawab soalan pengimbuhan dengan tepat.
-liyana-

Perang Klang di Selangor -sejarah bab2

1. Sultan Adbul Samad yang berkuasa di daerah langat telah ditabalkan menjadi sultan Selangor pada tahun 1857.

2. Semasa zaman pemerintahan baginda, telah berlakunya Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British.

3. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.

4. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.

5. Penyerahan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman.

6. Raja Abdullah berjaya memajukan kawasan perlombongan bijih timah dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.

7. Kekayaan di daerah Klang ini telah menjadi rebutan antara pembesar tempatan sehingga mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

8. Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Raja Mahadi berusaha untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja Abdullah.

9. Perang saudara ini turut melibatkan pelombong-pelombong Cina yang terlibat dalam kongsi gelap Cina. Kegiatan perdagangan dan perlombongan di Selangor juga turut terjejas.

10. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang tetapi pelantikan itu tidak dipersetujui oleh pembesar tempatan termasuk Raja Mahadi.

11. Raja Mahadi menentang pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin bukan anak negeri Selangor.

12. Tengku Kudin pula telah meminta bantuan British untuk menamatkan perang saudara yang berlaku di Selangor.

13. Dalam masa yang sama, British telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dan mendesak Sultan Abdul Samad agar menerima seorang Residen British.

14. Pada tahun 1873, kapal dagang British yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak di Kuala Langat.

15. Pada tahun 1874 pula, rumah api di Tanjung Rachado telah diserang dan British menggunakan alasan tersebut untuk menempatkan seorang Residen British.

16. Akhirnya pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad terpaksa akur dengan kehendak British.

17. J.G Davidson dilantik sebagai Residen yang pertama di Perak manakala Frank Swettenham pula dilantik sebagai Penolong Residen.
-liyana-

sejarah - bab 2.1

Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British

1. Hubungan perdagangan NNS dengan Negeri-Negeri Melayu.

(a) Selepas penubuhan NNS pada tahun 1826 British telah berhasrat untuk campur tangan diNegeri-Negeri Melayu.

(b) NNM kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih timah dan hasil hutan.

(c) Kepentingan NNS bagi Negeri-Negeri Melayu:
i- Pulau Pinang menjadi pusat pengumpulan hasil bumi seperti bijih timah dari Perak dan Kedah
ii- Melaka menjadi pangkalan untuk mengumpul barang dagangan dari Selangor dan Negeri Sembilan serta membekalkan buruh Cina ke lombong-lombong di Selangor dan Negeri Sembilan.
iii- Singapura menjadi pusat pengumpulan barang dagangan.

2. Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu.

3. Pedagang-pedagang NNS telah melabur modal dalam perlombingan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.

4. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah menarik minat British.

5. British menguasai hasil bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu sebelum negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.
-liyana-
Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.
(noorazleen)

karangan gejala merokok dalam kalangan remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. (noorazleen)

nota sejarah bab 1.1

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang

1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pangkalan tentera.

2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.

3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina.

4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah kawasan yan sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat.

5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis.

6. Walau bagaimanapun,SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam.

7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot.

8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.

10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa berundur ke Kangar.

11. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian Sullivan and de Souza.Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771.

12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Francis Light.

13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781.

16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini menyebabkan Kedah berasa terancam.

17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan.

18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan Abdullah.
(noorazleen)

nota geografi bab9

1. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar merupakan pola migrasi utama di Malaysia.
2. Migrasi ini juga dikenali sebagai migrasi desa bandar.
3. Kawasan bandar yang selalu menjadi tumpuan penduduk ialah bandar, bandar raya dan kawasan perindustrian.
4. Migrasi penduduk ke bandar menyebabkan pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan bandar.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar ialah:
(a) Peluang pekerjaan
(b) Kadar upah yang tinggi
(c) Kestabilan politik
(d) Kemudahan asas yang lengkap
(e) Melanjutkan pelajaran
(f ) Mengikut keluarga
(g) Mengelakkan bencana alam.

6. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan banyak.
7. Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada luar bandar.
8. Kestabilan politik membolehkan Malaysia membangun dengan pesat dan menggalakkan pelabur asing melabur di Malaysia. Keadaan ini dapat memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, terdapat ramai penduduk dari luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
9. Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap berbanding dengan kawasan luar bandar. Bekalan air dan elektrik, sekolah sistem jaringan jalan raya dan hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu, penduduk luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati kemudahan asas di bandar.
10. Institusi pengajian tinggi di Malaysia, kebanyakannya didirikan di kawasan bandar seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Golongan pelajar terpaksa berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka.
11. Migrasi dari luar bandar ke bandar juga berlaku apabila ibu bapa ditukarkan tempat kerja.Jadi seluruh keluarganya berpindah ke tempat baru untuk memulakan kehidupan yang baru.
12. Masalah bencana alam juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Ini adalah kerana bencana alam seperti banjir boleh berlaku beberapa kali dalam setahun dan menyusahkan hidup penduduk. Oleh itu,penduduk luar bandar lebih suka berpindah ke bandar kerana bandar mempunyai pelbagai kemudahan untuk mencegah banjir. (noorazleen)