CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2011

Biodata Tun Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.


Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII  College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

       Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

       Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

     Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn  atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.


      Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
( Isdatul Asyifa )

Karangan Fakta - Isu kemalangan jalan raya

Sedasarwasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu kemalangan jalan raya. Kita dapat menyaksikan betapa kian meningkatnya kemalangan jalan raya di negara ini. Saban hari, media massa sering menguar-uarkan melalui media cetak dan media elektronik mengenai isu kemalangan jalan raya. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan kemalangan ini berpunca daripada kecuaian para pemandu.
Antara punca kemalangan jalan raya ialah daripada kecuaian pemandu itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Kebiasaanya, keadaan ini berlaku ketika waktu tengahari dan waktu malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk mungkin akan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya, mengakibatkan kenderaan mereka terbabas atau melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Diharapkan pemandu yang mengantuk agar berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Kita sering membaca di dada-dada akhbar, betapa bahayanya memandu kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Terdapat sebilangan pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Contohnya, mereka tidak menggantikan tayar yang haus. Apabila tayar kenderaan kita sudah haus, sudah semestinya daya cengkaman tayar dengan jalan raya akan berkurangan. Hal ini, lebih membahayakan ketika hari hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya berkurangan berkemungkinan menyebabkan daya kawalan kenderaan sukar dikawal. Jelaslah di sini, tayar kenderaan yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Dengan ini, diharapkan kepada para pemandu untuk memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan anda sebelum digunakan.
Bertitik tolak daripada itu, kemalangan juga boleh berlaku apabila adda pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan akan berkurangan ketika mabuk. Hal ini, kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri atau ke kanan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu mengakibatkan kemalangan kepada pihak lain. Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, janganlah memandu dalam keadaan mabuk. Bagi umat Islam adalah haram meminum arak. Bukan sahaja memberi impak negatif kepada individu malahan kepada pihak lain.
Tiada sakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengadakan pelbagai kempen dan undang-undang untuk mencegah kemalangan jalan raya. Usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti, kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara ini. Moga bilangan kemalangan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
( Isdatul Asyifa )

Peribahasa ('Gengam bara biar sampai jadi abu')

Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara api, biar sampai jadi abu’
( Isdatul Asyifa )

Biodata Za'ba

Bangsa Melayu terhutang budi kepada Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Zaba.  Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Bapanya Ahmad bin Ibrahim adalah seorang yang alim dan warak.  Oleh itu, sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam.  3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji.     Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang.  Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun1915.     Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916.  Pada tahun ini juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar.  Disini beliau mula berminat dalam bidang karang-mengarang. Beliau telah menghasilkan beberapa karyanya untuk akhbar dan majalah tempatan terutamanya dalam Bahasa Inggeris.     Pada tahun 1939, Zaba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.  Semasa zaman Jepun, Zaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.  Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.  Di samping ini juga, beliau banyak mengarang buku-buku untuk sekolah-sekolah Melayu.  Buku yang paling penting menjadi bahan rujukan tentang bahasa Melayu iaitu 'Pelita Bahasa Melayu'.  Beliau juga ada menterjemah kesusasteraan dalam bahasa asing yang terkenal ke dalam Bahasa Melayu.  Zaba juga menerbitkan buku Ilmu Mengarang Melayu yang menjadi buku teks bagi sekolah-sekolah selepas Perang Dunia Kedua.  Beliau juga telah menulis rencana dalam Journal Of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kesusuteraan dn kebudayaan Melayu kepada orang-orang asing.  Zaba juga menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu.  Dalam bidang ini, beliau menyentuh mengenai kemiskinan dan cara-cara mengatasi masalah ekonomi orang Melayu.  Buku-buku yang dihasilkan ialah 'Falsafah Takdir Penggal Satu' yang telah mendapat tentangan dan 'Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kada' dan Kadar' yang telah diharamkan di Perak. Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut.  Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun.  Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura.  Artikal-artikal yang ditulisnya adalah mengenai bahasa dan agama.   Zaba terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang mereka kirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut.     Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru.  Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya sebagai membalas jasa dan baktinya kepada bahasa dan persuratan Melayu yang tidak ada tolok bandingannya.  Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.     23 Jun 1973 merupakan Hari Konvensyen pertama Unversiti Kebangsaan Malaysia dan perlantikan Tun Razak sebagai Canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.  Di sini sekali lagi Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.  Pemilihannya sebagai seorang pejuang dan pencita bahasa dan sastera Melayu oleh Universiti yang telah didirikan dengan aspirasi kebangsaan amat tepat sekali.  Ia adalah lambang dari perjuangan bahasa dan persuratan Melayu.  Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.    Sejak meletakkan jawatan, beliau tidak lagi bergiat dalam kegiatan bahasa dan persuratan Melayu.  Akhinya, pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.  
( Isdatul Asyifa )

nota sejarah bab 5


BAB 5 : KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)
(1) Penyerahan wilayah Sabah kepada SBUB
a) Negeri Sabah dibwh Kesultanan Brunei dan Sulu
1. Asalnya di bawah pengaruh kesultanan Brunei.
2. Kemudiannya, Sultan Brunei menyerahkan pantai timur dan utara Sabah kepada sultan Sulu kerana membantunya mematahkan pemberontakan di Sabah.
3. Sabah dikenali sebagai Borneo Utara. Nama Sabah digunakan apabila Borneo Utara menyertai Malaysia. Sabah dikenali “Negeri di Bawah Bayu”.
b) Pengaruh pedagang barat sebelum SBUB
1. Sabah tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kekayaan hasil buminya.
2. Menarik perhatian pelabur Barat
3. Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L. Moses dengan tempoh penyewaan selama 10 tahun.
4. Moses kemudiannya menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang diketuai oleh J.W. Torrey dan rakannya T.B. Harris. J.W. Torrey pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.
5. J.W. Torrey gagal memajukan tanaman kopi dan tebu di Kimanis.
6. Kegagalan menyebabkan Torrey menjual haknya kepada Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong)
7. Baron Von Overbeck hadapi masalah modal. Beliau meminjam wang daripada Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent (pedagang British di Hong Kong)
8. Overbeck dan Dent ingin menubuhkan sebuah syarikat di Borneo Utara.
9. Gabenor Labuan (W.H. Treacher) bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei yang telah tamat, dengan syarat syarikat yang ingin ditubuhkan oleh Overbeck diletakkan di bawah kekuasaan British.
10. Sultan Brunei, Sultan Mu?mein memperbaharui pajakan dengan Overbeck & Dent melalui perjanjian
11. Baginda serah tanah ant Teluk Kimanis & Sg Sibuku.
12. Oleh sebab, sebahagian wilayah Sabah di bawah Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Sultan Sulu)
13. Sultan Sulu serahkan kaw Sg Padasan -ke Sg Sibuku.
c) Penubuhan SBUB
1. Tahun 1880, Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent.
2. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
3. Saham syarikat pula dijual kepada syarikat British bagi menambahkan modal perniagaan.
4. Bagi memperkukuh kedudukan, persatuan berusaha dapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.
5. Tahun 1881, kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
6. Tahun 1882, syarikat dinamakan SBUB
7. Melalui piagam, SBUB – kuasa mentadbir Sabah.
8. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.
9. British memperluaskan pengaruhnya dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.
10. Tahun 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British.
11. British bertanggungjawab hal ehwal luar Sabah.
d) Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
1. SBUB tidak boleh serahkan Sabah kepada sesiapa pun tanpa persetujuan kerajaan British.
2. SBUB menerima nasihat daripada kerajaan British.
3. SBUB melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British.
4. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil
5. SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan.
(2) Sistem Pentadbiran SBUB
a) Sistem pentadbiran Gabenor
1. Diketuai oleh Gabenor.
2. Gabenor pertama SBUB ialah W.H. Treacher.
3. Beliau dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British.
4. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat.
5. Majlis Penasihat terdiri drp Setiausaha Kerajaan, Bendahari,dan Ketua Pasukan Keselamatan.
6. Sandakan pusat pentadbiran SBUB.
7. Menubuhkan jabatan kerajaan spt Jabatan Pos, Jab Buruh, Jab Polis, Jab Kewangan, Jab. Tanah & Ukur.
8. Lembaga Pengarah SBUB menubuhkan kontinjen Polis Dayak dan membina berek polis di Sandakan untuk mengawal keamanan.
b) Organisasi Pentadbiran SBUB
1. Lembaga Pengarah
  • Bertanggungjawab kepada semua pemegang saham SBUB.
2. Gabenor
  • Dibantu Majlis Penasihat dan Setiausaha Kerajaan.
  • Mendapat nasihat pentadbiran dr Majlis Penasihat.
  • Gabenor dan Majlis Penasihat bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah di London.
3. Ketua Jabatan
  • Terletak di bawah Setiausaha kerajaan.
  • Contohnya Ketua Jabatan Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Tanah dan Ukur.
4. Residen;
  • Terletak di bawah Setiausaha Kerajaan.
  • Menjadi ketua pentadbir di peringkat residensi
5. Pegawai Daerah
  • Menjadi ketua pentadbir di peringkat daerah.
  • Berperanan sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah, pegawai buruh, dan ketua pentadbir semua jabatan di peringkat daerah.
6. Ketua Anak Negeri
  • Menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai, dan memajukan pertanian.
7. Ketua Kampung
  • Menguruskan hal ehwal kampung
  • Menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung.
c) Sistem Residensi
1. Dibahagikan beberapa residensi – mudahkan urusan pentadbiran.
2. Setiap residensi dibahagikan kepada daerah.
3. Mulanya, dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur.
4. Tahun 1935, empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau.
5. Akhirnya, sepuluh residensi
6. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah berbangsa Eropah.
7. Jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan & disandang oleh penduduk tempatan.
d) Penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran
1. Ketua Anak Negeri bergelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah. Cthnya, O.K.K. Haji Mohammad Arshad Ketua Anak Negeri menganggotai pentadbiran SBUB.
2. Diberi surat kuasa. uruskan hal masyarakat tempatan.
3. Di kampung, – ketua kampung digelar Orang Tua.
4. Penglibatan peribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
5. SBUB tidak mampu menggaji ramai pegawai Eropah kerana masalah kewangan.
e) Sistem Kehakiman
1. Undang-undang Barat dan undang-undang Tempatan
2. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri
3. Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri
4. Mahkamah Majistret :
  • Mengendalikan kes berat seperti kes pembunuhan, penculikan dan rompakan.
  • Dihakimi oleh Pegawai Daerah.
5. Mahkamah Anak Negeri :
  • Mengendalikan kes peribumi yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan hukum adat.
  • Hakim dilantik daripada kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat.
5. Bangunan mahkamah dibina di Jesselton.
(3) Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran SBUB
a) Pembaharuan ekonomi
1. Mengeksploitasi kekayaan hasil tradisional Sabah, menguasai pertanian, pembalakan & perlombongan
2. SBUB mengeluarkan mata wang pertamanya
b) Hasil tradisional
1. Menyumbang kewangan SBUB- sarang burung, sagu,rotan, pokok lanut, trepang & sirip ikan yu.
2. Sarang burung – eksport tradisional
3. Rotan :
  • Longgokan rotan dicari oleh penduduk dari hutan.
  • Hasil rotan dieksport dlm btk perabut, tikar& tongkat.
4. Pokok lanut :
  • Dikenali abaka, manila, hemp atau musa textilies.
  • Pokok lanut hidup meliar di kaw pamah dan lembah.
  • Gentian pokok lanut dijemur dan diproses menjadi tali kapal untuk dieksport ke Eropah.
5. Pokok sagu/rumbia :
  • hidup subur di kawasan berpaya dan di muara sungai.
  • SBUB galakkan usahakannya secara komersial.
  • Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah.
6. Hasil laut :
  • hasil laut seperti trepang, sirip yu dan mutiara.
  • Diusahakan oleh masyarakat Bajau.
  • trepang dpt permintaan tinggi di China.
7. Masalah pengeluaran hasil tradisional;
  • Membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.
  • Cukai tanah, cukai kepala, lessen perahu & senjata.
  • SBUB menggunakan pendekatan ini untuk mengatasi masalah kewangan mereka
c) Hasil pertanian
1. Mengusahakan tanaman baru – getah dan temabakau.
2. Kegiatan ini dilakukan kerana tanah luas dan subur.
3. Tembakau :
  • Mutu tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia.
  • Pasaran tinggi di Belanda serta Amerika Syarikat.
  • Mengecualikan cukai eksport kpd ladang tembakau.
  • Tanaman tembakau diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan
  • Daun tembakau untuk menghasilkan cerut.
4. Getah :
  • Landasan kereta api meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Jesselton dan Tenom.
  • insentif 4 peratus dividen kpd pengusaha getah
  • Pengusaha diberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun
  • Kilang memproses getah dibina di Sabah.
  • Buruh dari China dan Jawa bekerja di ladang getah.
d) Kegiatan pembalakan;
1. Sumber kayu balak jenis yang baik seperti jenis seraya, ramin, kapur, belian dan meranti.
2. Pembalakan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
3. Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk
4. Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain, dan Australia melalui pelabuhan Sandakan.
5. kilang memproses kayu balak di Sandakan.
e) Kegiatan perlombongan;
1. Perlombongan menggalakkan kemasukan pelabur.
2. Menggiatkan usaha melombong seperti galian emas, arang batu dan mangan.
3. Emas – Diusahakan oleh orang Cina pada tahun 1886 di Sungai Segama.
4. Arang batu :
  • Dilombong di Silimpopon dan Labuan.
  • Silimpopon–kaw arang batu terbesar di A.Tenggara
  • Diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
5. Mangan – Diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration. Dieksport ke Britian.
(4) Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran SBUB
(a) Sistem pengangkutan
1. Landasan kereta api pertama – Weston ke Beaufort.
2. Disambung Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.
3. Membina jalan raya -tertumpu di bandar besar
4. Perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu
5. Memajukan pengangkutan air dan sungai.
6. Syarikat perkapalan Straits Steamship
b) Sistem Perhubungan
1. telegraf, telefon dan pos
2. Bangunan pejabat pos .
3. Mengeluarkan setem
c) Perkembangan Pendidikan
1. Kurang diberi perhatian oleh pentadbiran SBUB.
2. Sediakan pendidikan rendah kerana kekurangan wang dan anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan.
3. Murid mendaftar di sekolah Melayu, sekolah Mubaligh dan sekolah Cina.
4. Sekolah Mubaligh (Inggeris);
  • Mubaligh Kristian bina sekolah- sebarkan Kristian.
  • Sekolah pertama oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan – dinamakan Institut Byron.
  • Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
5. Jabatan Pelajaran – menguruskan sekolah-sekolah di Sabah.
6. Sekolah Latihan :
  • Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina di Sabah di Jesselton.
  • Tujuan- melatih pelajarnya menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah.
  • Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu.
  • kurikulum 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
  • Jawatan khas untuk lulusan sekolah ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri.
7. Sekolah Melayu – pertama di Kota Belud
8. Sekolah Cina :
  • dibina sendiri oleh masyarakat Cina.
  • berorientasikan negeri China. .
9. Sekolah Bumiputera – Sekolah Bumiputera Keningau
d) Perkhidmatan Kesihatan
1. Hospital di bandar besar
2. Di luar bandar, disediakan pusat kesihatan.
3. loji air di Kota Kinabalu – membekalkan air bersih.
e) Perkembangan bandar
1. Bandar Sandakan :
  • Diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1879.
  • nama “Elopura” bermaksud bandar yang cantik.
  • pusat pentadbiran, pelabuhan dan pusat pembalakan.
  • Dijadikan pusat pentadbiran – mengambil tempat bandar Kudat.
2. Bandar Kudat :
  • pusat pentadbiran yang pertama.
  • gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai
  • Memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan pada tahun 1884.
3. Bandar Jesselton :
  • Nama asalnya – Jessel Town yang diambil sempena nama Charles Jessel (orang yg membuka bandar ini.
  • Nama Jessel Town kekal digunakan untuk beberapa tahun sebelum disingkatkan kepada Jesselton.
  • dikenali nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
  • pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting.
  • Nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu
f) Pasukan Polis
1. Kontinjen polis tempatan ditubuhkan
2. “Skuad Terbang” untuk menjamin keselamatan.
3. Skuad dianggotai oleh pegawai polis tempatan.
g) Kemudahan lain
1. Akhbar The North Borneo Herald – akhbar pertama
2. Menara jam Jesselton dibina.