CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

dia seorang guru tua

Dia Seorang Guru Tua
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan
1989
 
writed by Kamilia

sajak hari guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
 
writed by :Kamilia
.
THE FRIENDS – Lennox Amott
We were friends, and the warmest of friends, he and I,
Each glance was a language that broke from the heart,
No cloudlet swept over the realm of the sky,
And beneath it we swore that we never would part
.
Our fingers were clasped with the clasp of a friend,
Each bosom rebounded with youthful delight,
We were foremost to honour and strong to defend,
And Heaven, beholding, was charmed at the sight.

Around us the pine-crested mountains were piled,
The sward in the vale was as down to the feet,
The far-rolling woodlands were pathless and wild,
And Nature was garbed in a grandeur complete.

Said he, “We are here side by side and alone,
Let us thus in the shade for a little remain,
For we may not return here ere boyhood is flown,
It may be we never shall meet so again.

Come, friend, and record on this reverend oak
Thy name by my own, they shall stand side by side”
And I hastened to do so with glee as he spoke,
And I gazed on the names with a feeling of pride
.
Traced deep on the bark they were goodly to see–
What traced by the finger of Friendship is not?
Together they smiled on the trunk of the tree
And as brothers we stood on that sanctified spot

But alas for a murmur that swept through the trees,
For the sound was a sound as of something sad,
Like a wail that awakes in a breast ill at ease,
‘Twas strange it should be so when all was so glad.

And often since then have I roamed through the vale,
My way have I bent to my favourite tree,
But its branches resound with the self-same wail
Which seems to repeat “Where is _he_, where is _he_?”

And again and again have I loved to behold
And fashion the storm-beaten letters anew,
While lingering there as in summers of old,
That spot–it is sweet, it is dear to me too!

Our steps–ah! how fond was our intercourse then–
Like the leaves of the autumn have drifted apart,
And the voices that moan in that overgrown glen
Now melt into weeping the sorrowful heart.



writed by :Kamilia


Keburukan makanan ringan

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.


(Isdatul Asyifa)
Dipetik daripada http://www.kkk.org.my

Kepentingan solat berjemaah

Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
(Isdatul Asyifa)
from google

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
(Isdatul Asyifa)
from google

Kepentingan Berdoa dlm hidup mukmin

Saudaraku yang dirahmati Allah sekelian,
Saya berpesan kepada diri saya dan saudara-saudara sekelian untuk sama-samaa kita mencapai kecemerlangan dengan bertaqwa kepada Allah SWT dengan erti taqwa yang sebenar. Taqwa yang membentuk nilai-nilai murni. Taqwa yang mengukuhkan lagi identiti Muslim kita.

Pada minggu lalu, mimbar telah berkongsi sama akan ibadah solat serta kelebihannya. Insya Allah pada hari ini pula, mimbar akan berkongsi sama satu perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Ia merupakan senjata kita, senjata yang penting yang mungkin kita tidak sedari. Senjata yang mampu digunakan pada waktu senang, susah malah pada bila-bila masa sahaja. Senjata yang dimaksudkan ini ialah doa seorang hamba yang bergelar Muslim kepada Tuhannya.

Saudaraku,
Dalam kehidupan dunia ini di samping kita berusaha, kita juga digesa untuk berdoa. Ini kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa itu juga boleh dianggap sebagai ibu ibadah. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi yang berbunyi :

Ertinya : Dari Anas bin Malik, dari Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith riwayat Imam Tirmizi)

Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas lagi tawadu' akan memberikan kesan yang sangat besar pada kehidupan kita.
Melalui berdoa bukan sahaja memberikan kebaikkan kepada diri kita malah juga kepada orang yang didoakan, seperti contoh kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran, Kesejahteraan kelaurga kita, ketenteraman Negara kita dan sebagainya.

Doa yang kita panjatkan pada Allah SWT pasti akan diperkenankan. Ini janji Allah.Setiap doa kita pasti akan diperkenankan atau Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 186:


Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Saudaraku, begitulah rahmat yang telah Allah berikan kepada kita. Dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya Allah SWT akan mengkabulkan doa-doa semua hamba-hambanya.

Ayat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi, ia memberikan satu suntikan kemanisan, memberikan ketenangan, membawakan harapan dan melahirkan keyakinan kepada jiwa-jiwa orang yang beriman. Maka dengan ini akan terpancarlah dari hati orang yang beriman sifat redha dan tawakkal kepada Allah SWT.

Namun, pada hari ini, ramai di antara kita yang berdoa, tetapi ramai yang merungut bahawa doa mereka tidak dikabulkan Allah. Mereka kemudian merasa kecewa dan putus asa. Bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak mempedulikan mereka.

Kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Apakah faktor yang mungkin menjadi penyebabnya?

Saudaraku,
Di dalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menerangkan tentang perkara ini yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah SWT itu bersih lagi suci, dan Allah tidak menerima kecuali yang bersih lagi suci. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkan ke atas para rasul. Allah berfirman " Wahai rasul-rasul, makanlah yang halal dan lakukanlah amalan salih" Allah juga berfirman, "Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu" Kemudian terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata "ya Rab, ya Rab" sedangkan makanannya haram, minumannya haram pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?

Lihatlah saudaraku sekelian, jika kita impikan doa dikabulkan maka mestilah kita menjaga kesucian diri dengan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT . Kita perlu menjaga perihal sumber makan, minum dan pakaian kita. Walaupun doa orang yang dalam pelayaran itu tidak ditolak akan tetapi jika doa itu datang dari sumber yang tidak bersih lagi suci, maka doa itu juga berkemungkinan tidak dikabulkan.

Saudaraku, apakah pengajaran yang boleh kita raih dari hadith ini?
Hadith ini mengajar kita bahawa penentu bagi doa kita, permohonan kita dan impian kita perlu bermula dari diri kita sendiri dan usaha kita.

Untuk doa dikabulkan kita perlu berusaha. Kita perlu berusaha agar sumber makanan, minuman dan pakaian kita adalah suci.

Dalam kehidupan seharian pula. Bagaimana seorang yang berdoa pada Allah SWT untuk berjaya dalam pelajarannya akan tetapi tiada usaha untuk mencapainya. Sama juga jika kita berdoa pada Allah SWT untuk menjadi seorang yang berharta pastinya tidak akan dimakbulkan jika tiada usaha ke arah itu.

Kita inginkan anak-anak kita kita menjadi seorang yang baik dan berakhlak mulia tetapi usaha untuk ke arah itu sangat kurang. Bahkan ada yang melakukan sebaliknya, tidak menunjukkan contoh yang baik, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan ada pula yang sering menghina anak-anak dengan kata-kata seperti bodoh, degil, kurang ajar dan sebagainya. Inilah doa buat mereka. Inilah usaha untuk mendidik anak-anak. Maka kita boleh jangkakan apakah natijahnya nanti.

Dari itu saudara, untuk memastikan doa kita ini akan dikabul kan Allah SWT doa yang kita panjat perlu diiringi dengan usaha.

Saudaraku,
Selain dari kita berdoa dan berusaha, pastinya cara kita memanjatkan doa juga memainkan peranan penting. Dari itu kita dianjurkan dengan masa-masa yang mana doa kita akan mudah dan cepat dikabulkan.

Yang pertama ialah doa yang dimunajatkan pada waktu malam. Hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


Yang bermaksud: Sesungguhnya pada waktu malam, terdapat satu masa yang mana permohonan hamba kepada Allah SWT akan kebaikan untuk urusan dunia atau akhirat, melainkan doanya itu akan diperkenankannya, dan ianya berlaku pada setiap malam. (Hadith Sohih Muslim)

Kedua, doa yang dipohonkan antara azan dan iqamat. Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


Ertinya : Tidak akan ditolak Doa di antara azan dan iqamat. (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Saudaraku sekelian,
Ini merupakan beberapa contoh doa yang mustajab jika dipohonkan pada masa-masa tertentu. Kenapa kita dianjurkan untuk doa pada masa-masa tertentu?

Tujuannya di sini tidak lain dan tidak bukan untuk melihat kesungguhan kita dalam permintaan kita pada Allah SWT. Lihatlah bagaimana seorang yang bangun malam untuk bermunajat pada Allah pastinya doa yang dipanjatkan itu penuh dengan kesungguhan. Lihatlah bagaimana doa seorang yang sedang bersiap menunggu solat pastinya dia akan berdoa dengan sepenuh hati dan keikhlasan.

Dan yang lebih penting lagi ialah dalam masa-masa inilah kita menyerah segala usaha yang telah kita lakukan pada ketentuan Allah SWT. Inilah keyakinan dan tawakkal kita pada Allah SWT. Inilah kemuncak bagi usaha dan doa kita. Kerana kepada Allah SWT sahajalah kita menyembah dan kepadaNya jualah kita meminta pertolongan. Firman Allah SWT dalam surah al-fatehah ayat 5:


Yang maksudnya : Hanya kepada engkau (Allah) yang kami sembah dan hanya kepada engkau jualah kami memohon pertolongan.

Semoga dengan kita memahami kepentingan doa dan bagaimana untuk mencapai doa yang mustajab kita akan terus berdoa pada Allah atas setiap kebaikan dan impian yang ingin dicapai.

Dan dalam setiap doa kita janganlah kita lupa untuk mendoakan kedua ibu bapa kita, guru-guru kita, masyarkat kita dan Negara kita.

Semoga dengan doa kita ini Allah akan terus memberikan rahmat dan kesejahteraan atas diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
(Isdatul Asyifa)
from, scribd