1. Kata ganti tunjuk ialah kata yang digunakan untuk mmenunjukkan sesuatu atau seseorang.
2. Ada dua kata ganti tunjuk iaitu ini dan itu.
3. Kata ganti tunjuk bertugas sebagai:
(a) penanda kata nama. Misalnya :
Buku ini ... (Buku adalah kata nama)
Perkara itu ... (Perkara adalah kata nama)
(b) subjek. Misalnya :
Ini pen saya.
itu Menara Berkembar Petronas.
(c) sebagai predikat dalam bentuk ayat songsang. Misalnya :
Inilah pen saya.
itulah Menara Berkembar Petronas.
(d) sebagai penentu belakang iaitu diletakkan di belakang kata nama. Misalnya :
Pisau ini sangat tajam.
Mereka tinggal di kampung itu.
(Isdatul Asyifa)
0 comments:
Post a Comment