Tajuk : Kawan kamu telah
kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua.
( Kamu dan Azma berada di
sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa
kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya
sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam mana
boleh hilang ?
Azma : Saya
letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir
yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah
cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang
sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma : Jika
bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya
!
Malim : Jangan
sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ?
Baik kita
jumpa
Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga
kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam kamu.
0 comments:
Post a Comment