CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2011

karangan laporan

Laporan Kegiatan Persatuan
Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau
.

          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota
persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat
hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan
ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.


          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun
1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan
yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini
dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.


          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan
kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon
tersebut mengikut istilah sains.


          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman
Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut 
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.


          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar
yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.


Disediakan
oleh,                                                                 25 Januari
1996


      Azmi

_______________

(AZMI
SULAIMAN)


Setiausaha Persatuan
Matematik dan Sains


Sekolah Kebangsaan Darau,
Jerteh,Terengganu

0 comments:

Post a Comment