CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2011

nota sejarah bab 1


1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :
1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.
2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.
3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.
4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.
5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :
i. Pusat pengumpulan barangan :-
a. SHTI perlukan teh dari China
b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.
ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-
a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal
b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
iii. Menjadi pangkalan tentera British :-
a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.
b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.
(2) Kedaulatan Kedah tercabar
1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.
2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan
3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.
Ancaman Bugis
i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.
ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.
iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.
v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.
vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding
vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah
viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.
(b) Ancaman Siam
i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burma
ii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.
iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.
iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam
v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.
vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah
(3) Pertapakan British di Pulau Pinang
1. Tipu helah Francis Light
i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda
ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.
iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.
iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan
2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
3. Upacara menaikkan bendera Union Jack
i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island
ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.
iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
(4) SHTI mungkir janji
1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.
2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan
3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,
4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.
7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.
8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.
9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.
10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.
11. Francis Light meminta bantuan tentera
12. Sultan Abdullah tewas
13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.
14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.
15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.

surat kiriman tidak rasmi

Muhamad Ameerul bin Mohd,
1661, Taman Perdana Indah, 
73000 Tampin. 

16 Oktober 2009 

Ke hadapan sahabatku, saudara Zul yang berada di Brunei, diharapkan saudara sekeluarga sihat walafiat hendaknya.

Saudara Zul,

Apa khabar saudara di Brunei? Sudah selesaikah peperiksaan akhir tahun di sekolah saudara? Terima kasih kerana begitu cepat membalas surat saya. Penerangan Zul tentang tempat-tempat pelancongan di Brunei dan gambar-gambar yang dikirim menerusi e-mel, amat menarik. Baiklah, saya akan menceritakan kepada Zul serba sedikit masalah disiplin yang berlaku di sekolah saya dan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh pentadbir sekolah saya untuk mengatasi masalah berkenaan.


Untuk pengetahuan saudara Zul, salah satu masalah disiplin yang berlaku di sekolah saya ialah kes merokok yang kian meningkat saban minggu. Masalah merokok menjadi rutin harian, terutamanya bagi pelajar-pelajar lelaki tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima. Sikap segelintir pelajar ini sebenarnya mengundang padah kepada diri mereka sendiri, kerana pelbagai hukuman menanti mereka, jika mereka ditangkap merokok di kawasan sekolah. Sungguhpun para pelajar ini telah berkali-kali menerima hukuman rotan daripada Encik Huhanesan, guru disiplin, namun usaha guru disiplin di sekolah saya ibarat"menghitung bulu kambing." Tahukah saudara mengapa gejala merokok di sekolah saya berterusan? Para pelajar di sekolah saya, begitu mudah terpengaruh dengan sikap negatif rakan-rakan sebaya yang sering mengabaikan pelajaran. Sebaik sahaja guru keluar dari kelas setelah tamat waktu sesuatu mata pelajaran, pelajar-pelajar yang gemar merokok turut keluar dari kelas. Mereka akan ke tandas dan ke tempat-tempat strategik seperti di belakang Makmal Multimedia, di belakang Kompleks Pertanian atau bersembunyi di sebalik Stor Perabot yang terletak di hujung bangunan sekolah. Sekiranya tiada pihak yang berjaya mengesan tindakan negatif mereka, pelajar-pelajar berkenaan akan melepak di luar kelas berjam-jam lamanya. Sesungguhnya saudara, sikap segelintir pelajar yang ketagih rokok, memburukkan imej sekolah saya, seterusnya menyukarkan pihak pentadbir menjadikan sekolah ini "bebas masalah disiplin." Lebih menyedihkan, terdapat pelajar yang cuba memasukkan ganja ke dalam puntung rokok dan kes berkenaan kini dalam perhatian pihak polis. Pada minggu lepas sahaja, sebanyak sepuluh kotak rokok dan empat pemetik api berjaya dirampas daripada pelajar-pelajar yang disyaki merokok. Tuan Haji Hanafis, guru penolong kanan hal ehwal murid di sekolah saya, begitu marah dengan sikap pelajar-pelajar yang keras hati kerana nasihat yang diberikan oleh para guru "seperti hujan jatuh ke pasir." Tegasnya saudara, masalah pelajar merokok di sekolah saya, kian membimbangkan dan pihak sekolah sedang merangka kerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan permasalahan yang semakin kronik ini.

Saudara Zul,

Pada era globalisasi yang kian mencabar, para remaja begitu mudah terjebak dengan pelbagai anasir negatif. Sikap suka memberontak dan perasaan tidak puas hati terhadap peraturan sekolah yang membosankan, mendorong segelintir pelajar di sekolah saya melakukan vandalisme. Perbuatan merosakkan harta benda sekolah dan menconteng dinding bangunan sekolah turut dilakukan kerana geram
dengan sikap guru-guru yang bertindak tegas menghukum atau mendenda pelajar. Saya terkilan dengan gejala vandalisme yang berlaku di sekolah saya kerana pihak sekolah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hampir lima belas ribu ringgit tahun lepas, semata-mata untuk membaik pulih segala kerosakan yang berlaku. Dinding pada bahagian tangga sekolah dan dinding tandas sekolah diconteng dengan pelbagai lukisan dan perkataan yang tidak selaras dengan norma masyarakat yang bertatasusila. Kepala paip di tandas, bukan sahaja dirosakkan, malah ada yang dicuri. Lubang tandas pelajar lelaki disumbat dengan kayu, batu, pasir dan buku-buku latihan. Pada minggu lepas ketika perhimpunan sekolah, pengetua sekolah saya melahirkan rasa kesal dan marah kerana tiga buah tombol pintu di kelas tingkatan tiga, dicabut! Pada waktu petang, terdapat pelajar yang sengaja merosakkan papan-papan kenyataan di kelas, mengoyakkan kertas bunga yang telah rapi dibalut pada meja, mencuri buku-buku latihan yang ditinggalkan oleh pelajar dan merosakkan kerusi meja di kelas. Mungkin saudara mengatakan saya mereka-reka segala cerita ini, namun inilah realiti suasana sekolah pada era pascamerdeka. Terdetik di hati saya, inikah caranya putera puteri harapan bangsa menghargai nikmat kemerdekaan? Untuk pengetahuan saudara, apabila kes-kes vandalisme berlarutan, pelajar-pelajar sudah tawar hati dan enggan menceriakan lagi, kelas masing-masing. Bayangkanlah saudara, berpuluh-puluh ringgit sudah kami keluarkan untuk Program Keceriaan Kelas, tetapi segala keindahan yang diusahakan bersama-sama oleh para pelajar, musnah sekelip mata angkara pelajar-pelajar yang tidak berperikemanusiaan. Bukankah peribahasa ada menyebut,"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?" Konklusinya, masalah vandalisme yang berterusan, boleh menjejaskan imej sekolah dan wajar ditangani dengan berkesan.

Saudara Zul,

Setiap masalah yang berlaku, pasti ada jalan penyelesaiannya."Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Sebenarnya saudara, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah disiplin yang kian meningkat. Pada awal semester kedua, pihak sekolah telah bekerjasama dengan pihak polis daerah untuk melaksanakan Program Ops Disiplin. Program Ops Disiplin merupakan program motivasi khas yang dijalankan oleh pihak polis di daerah saya, bagi membantu mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah menengah. Pihak polis telah meminta guru disiplin menyenaraikan nama pelajar yang pernah melakukan kesalahan disiplin melebihi tiga kali. Kesalahan disiplin yang diambil kira ialah merokok, ponteng kelas, ponteng sekolah, buli, gangsterisme, bergaduh dan melawan guru. Semua pelajar yang disenaraikan namanya diwajibkan pergi ke Balai Polis Tampin untuk menghadiri sesi motivasi.
Pegawai-pegawai polis yang mengendalikan sesi ceramah motivasi merupakan pegawai polis yang bertugas di Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah. Setelah sehari suntuk didedahkan dengan sesi ceramah, keesokannya pula, pelajar-pelajar berkenaan dibawa ke Kem Biro Tatanegara, Kuala Pilah selama dua hari. Remaja-remaja yang bermasalah disiplin ini dikerah menjalani pelbagai aktiviti lasak, yang mencabar ketahanan fizikal dan mental. Untuk pengetahuan saudara, aktiviti di Kem Biro Tatanegara bermula seawal 4.30 pagi dan berakhir selewat 1.30 pagi keesokan harinya. Aktiviti yang ditempuhi oleh semua
peserta benar-benar mencabar kemahiran minda, ketahanan diri dan amat memenatkan. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan pihak polis menjayakan Program Ops Disiplin ternyata menunjukkan hasil yang positif. "Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu." Pihak polis sendiri telah datang ke sekolah saya pada waktu perhimpunan pagi dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para pelajar yang terpilih menyertai ProgramOps Disiplin. Empat bulan selanjutnya, guru disiplin di sekolah saya menarik nafas lega kerana semua pelajar begitu bersemangat menuntut ilmu, belajar di kelas masing-masing tanpa suasana bising. Kesimpulannya saudara, kerjasama erat antara pihak sekolah dan pihak polis perlu diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang, agar disiplin para pelajar pada alaf baharu ini dapat dimantapkan.


Selain menjalinkan kerjasama dengan pihak polis, pihak pentadbir sekolah telah melaksanakan Program Keceriaan Sekolah bersama-sama guru-guru, pekerja sekolah, ahli keluarga pelajar dan pelajar-pelajar sekolah saya. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, cinta akan harta benda sekolah dan cinta akan kebersihan alam sekitar dalam kalangan anak-anak didik di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Murni. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu mulai 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Sepanjang tempoh tersebut, segala kerosakan yang dilakukan oleh para pelajar akibat kegiatan vandalisme, dibaik pulih dan persekitaran sekolah diceriakan kembali. Para pelajar bersama-sama ibu bapa, abang dan kakak mereka bekerjasama "bagai aur dengan tebing",mengecat semula dinding kelas, dinding tangga dan dinding tandas yang diconteng. Papan-papan kenyataan yang berlubang-lubang diganti dengan papan kenyataan baharu. Kerusi dan meja yang patah turut dibaiki. Semua kelas telah dihias dan diceriakan dengan sumbangan langsir, sumbangan alas meja dan pokok hiasan daripada keluarga pelajar. Kata-kata hikmat digantung semula pada laluan ke makmal, laluan ke kantin dan laluan ke pejabat sekolah. Beberapa kumpulan pelajar yang mahir dalam pendidikan seni, menyiapkan mural pada dinding sekolah. Untuk makluman saudara, setelah Program Keceriaan Sekolah tamat pada 1.00 petang, persekitaran sekolah saya lebih indah dan lebih ceria berbanding dahulu. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menyediakan jamuan makan tengah hari dan sesi cabutan nombor bertuah untuk ibu bapa dan pelajar-pelajar yang hadir. Secara tidak langsung, program ini berjaya menyuntik rasa keinsafan dalam diri para pelajar agar menghargai usaha ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang bersusah-payah membantu pihak sekolah membaik pulih segala kerosakan yang berlaku angkara vandalisme. Bukankah peribahasa ada menukilkan, "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni?"Intihanya, kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar, berjaya mengurangkan masalah vandalisme yang sebelum ini begitu berleluasa.

Saudara Zul,

Natijahnya, permasalahan disiplin dapat diatasi dengan berkesan seandainya pelajar pada era globalisasi berupaya menghayati tanggungjawabnya sebagai anak yang soleh, murid yang berakhlak mulia dan warga negara yang budiman. Diharapkan pihak sekolah akan terus menjana kerjasama erat antara ibu bapa demi memastikan kecemerlangan sahsiah anak-anak. Malah, kerjasama dengan pihak polis juga wajar diteruskan kerana pihak polis berupaya memantau masalah sosial pelajar di luar sekolah. "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat." Anjakan paradigma yang berkesan oleh pentadbir sekolah merupakan inspirasi dan pencetus semangat kepada pelajar untuk terus berusaha menimba ilmu dan berjaya dengan cemerlang. Saya amat bersyukur kerana pihak sekolah telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Kini, saya dan rakan-rakan boleh menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan murni kita di medan ilmu ini, meneruskan perjuangan menjejaki istana kejayaan.

Sekianlah sahaja coretan saya buat kali ini. Semoga penerangan saya tentang masalah disiplin yang berlaku di sekolah saya dan langkah-langkah mengatasinya, berjaya meluaskan horizon pemikiran saudara. "Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan." Semoga saudara berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan ditempuhi pada akhir semester nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ameerul

karangan jenis berita

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes kerecunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Ini jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau di asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan baban yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar.

Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan adalah akibat daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah C. Di samping itu, terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan oleh bekteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu atau keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, dan ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan dalam tin, makanan basah, dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus di bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawan beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput, katak, dan ular.

Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin mengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuan makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakit kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang lebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut.

Walaupun kesan keracunan makanan sering menyerang banyak orang, namun kesedaran secara menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat ini, jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu masalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan anggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak tentang betapa pentingnya makan makanan yang bersih dan berkhasiat di samping menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.(sna)

karangan dialog

Tajuk : Kawan kamu telah
kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua.


( Kamu dan Azma berada di
sudut kantin sekolah )


Malim  :  Mengapa
kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?


Azma   :  Duit saya
sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.


Malim :  Macam mana
boleh hilang ?


Azma   :  Saya
letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir
yang


                curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.

Malim :  Bukankah
cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang
sudah 


                hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?

Azma   :  Jika
bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya 
!


Malim :  Jangan
sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ?
Baik kita


                jumpa
Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.


Azma  :  Betul juga
kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  kamu.

karangan dialog

Tajuk : Kawan kamu telah
kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua.


( Kamu dan Azma berada di
sudut kantin sekolah )


Malim  :  Mengapa
kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?


Azma   :  Duit saya
sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.


Malim :  Macam mana
boleh hilang ?


Azma   :  Saya
letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir
yang


                curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.

Malim :  Bukankah
cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang
sudah 


                hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?

Azma   :  Jika
bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya 
!


Malim :  Jangan
sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup  muka kita ?
Baik kita


                jumpa
Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.


Azma  :  Betul juga
kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan   macam  kamu.

karangan laporan

Laporan Kegiatan Persatuan
Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau
.

          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota
persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat
hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan
ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.


          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun
1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan
pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan
yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini
dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.


          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan
kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon
tersebut mengikut istilah sains.


          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman
Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi
pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut 
Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.


          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar
yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.


Disediakan
oleh,                                                                 25 Januari
1996


      Azmi

_______________

(AZMI
SULAIMAN)


Setiausaha Persatuan
Matematik dan Sains


Sekolah Kebangsaan Darau,
Jerteh,Terengganu

Sunday, July 3, 2011