CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

nota sejarah bab 1.1

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang

1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pangkalan tentera.

2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.

3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina.

4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah kawasan yan sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat.

5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis.

6. Walau bagaimanapun,SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam.

7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot.

8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.

10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa berundur ke Kangar.

11. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian Sullivan and de Souza.Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771.

12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Francis Light.

13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781.

16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini menyebabkan Kedah berasa terancam.

17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan.

18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan Abdullah.
(noorazleen)

0 comments:

Post a Comment