CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 29, 2011

strategi menjawab soalan BM

1. Soalan tentang pengimbuhan ini sering dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu.

2. Namun, tidak mustahil kemungkinan soalan jenis ini dikemukakan pada tahun yang akan datang.

3. Para pelajar perlu menguasai aspek penggolongan kata, pengimbuhan, dan pembentukan ayat
bagi memudahkan pelajar menguasai soalan yang dikemukakan.

4. Para pelajar juga perlu mengetahui dan menguasai kelas kata, makna dan tugasnya dalam ayat
dengan baik.

5. Di samping itu, para pelajar perlu mengetahui imbuhan yang dapat membentuk kata nama, kata
kerja, kata adjektif, dan kata keterangan.

6. Para pelajar juga perlu tahu membezakan imbuhan beR- dan meN- yang pastinya membawa
maksud yang berlainan.
Contoh :
(a) Ayah sedang bercukur.
(b) Ayah sedang mencukur janggutnya yang panjang itu.
Perkataan bercukur ialah kata kerja tidak transitif. Manakala perkataan mencukur ialah keta kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya.

7. Peringatan kepada para pelajar, iaitu jika ke- berfungsi sebagai awalan, kata dasar yang
mengikutinya mesti ditulis serangkai sebagai satu kata. Jika ke- berfungsi sebagai kata sendi, kata
dasar yang mengikutinya mesti ditulis terpisah.
Contoh :
(a) Ketua pengawas ( berfungsi sebagai awalan )
(b) Ke sekolah ( berfungsi sebagai kata sendi )

8. Bagi kata kerja tertentu, apitan meN-....-kan menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan
men-...-i menerima objek yang bernyawa.
Contoh :
(a) (i) Samy melontarkan batu ke arah anjing itu.
(b) (ii) Samy melontari anjing itu dengan batu.
(c) (i) Abang menghadiahkan sebentuk cincin kepada tunangnya.
(d) (ii) Abag menghadiahi tunangnya sebentuk cincin.

9. Bagi imbuhan pinjaman pula, terdapat kekecualian untuk imbuhan maha-. Imbuhan maha-
hendaklah ditulis bersambung dengan kata dasar yang berupa kata nama yang mengikutinya dan
hendaklah ditulis terpisah apabila digabungkan dengan kata dasar yang berupa kata adjektif.
Contoh :
(a) Mahasiswa, Mahaguru, Mahadewa - membentuk kata nama.
(b) Maha luas, Maha Agung, Maha Mulia - membentuk kata adjektif.

10. Semua tip ini adalah penting kepada para pelajar agar dapat menjawab soalan pengimbuhan dengan tepat.
-liyana-

0 comments:

Post a Comment