1. | | YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia. |
2. | | Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan. |
3. | | Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri Borneo Utara dan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri dari kiri Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell |
4. | | Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962. Penyata ini menerangkan hasil Laporan Suruhanjaya yang menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Laporan ini kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jun 1962 |
5. | | YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di Residensi beliau pada 6 Julai 1963, bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. |
0 comments:
Post a Comment