Pada 3 Jun 1957, satu perhimpunan menyambut ketibaan Rombongan Kemerdekaan ke London yang merundingkan hal berkaitan dengan Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera Udara, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lebih dua ribu orang telah berkumpul bagi menyambut kepulangan seramai tujuh orang anggota rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Anggota rombongan ini terdiri daripada tiga orang wakil daripada pihak kerajaan dan tiga lagi wakil daripada Raja-raja Melayu. Antara yang turut serta dalam rundingan yang berlangsung selama lapan hari di Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London ini ialah Encik Ong Yoke Lin, Encik V.T Sambanthan, Encik Mohamed Khir Johari dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tuan Haji Mustapha Al-Bakri. Hasil rundingan yang diadakan ini satu persetujuan telah dicapai dan membawa kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. |
YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (lima dari kiri) mengetuai delegasi ke London untuk rundingan terakhir Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. (Dua dari kiri): Encik Ong Yoke Lin, dan (Paling kanan): Encik Mohamed Khir Johari di Bombay pada 9 Mei 1957. by.adilamansor |
Wednesday, September 28, 2011
Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment