| 6. |  | YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sungai Besi pada petang 6 Julai 1963 untuk ke Singapura dan seterusnya ke London bagi menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. |
| 7. |  | Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963, di Malborough House, London. |
| 8. |  | Orang ramai menunggu ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963 setelah kembali dari mengadakan rundingan penubuhan Malaysia dengan British di Malborough House, London. |
| 9. |  | YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memeriksa perbarisan hormat pasukan tentera yang menyambut kepulangan beliau dari London di lapangan terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Julai 1963. |
| 10. |  | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat dari anggota pasukan seragam dari pelbagai kontingen yang menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 17 September di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. |
0 comments:
Post a Comment