CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 24, 2011

FAEDAH MENABUNG

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN!


Tiba sahaja hujung bulan, habis gaji. Tiada langsung yang tersisa untuk dijadikan simpanan. Mana lebih baik, orang yang bergaji RM4,000 tetapi tidak mampu menabung walau satu sen pun daripada wang gaji yang diperoleh berbanding dengan individu yang bergaji RM2000 tetapi mampu mengasingkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menabung?

Tidak semestinya apabila bergaji besar semua masalah akan selesai, bâk kata pepatah, lagi besar periuk, lagi besar- iah keraknya. Jangan amalkan sedemikian kerana ia akan masa depan anda. ikutlah pepatah ini, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Paling penting, tentu kan niat dan tujuan utama anda menabung. Seperti yang kita ketahui, tujuan kita menabung ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pada masa akan datang. Sepanjang anda menjalani kehidupan di dunia ini ada beberapa punca utama yang menyebabkan anda menyimpan.



Namun berapa ramai yang mampu memenuhi semua kriteria tersebut secara serentak. Bagaimanapun anda boleh memula- kannya secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Tetapi ingat jangan umur sudah terlalu lewat barulah ter- fikir untuk menabung. Ketika itu sudah tentu- lah anda tidak mampu menabung untuk memenuhi segala keperluan tersebut.

Jika anda ingin menabung, mulakan sejak dari awal. Kalau boleh sejak anda menerima gaji pertama anda lagi. Lagi cepat anda menabung lagi baik kerana jumlah tabungan anda akan lebih banyak berbanding jika anda memulakannya agak lewat.

Didik anak-anak ketika mereka masih kecil untuk menabung kerana mendidik anak-anak dari peringkat awal lebih mudah berbanding apabila mereka sudah besar nanti. Sediakan bajet untuk mereka agar mereka mampu mengawal kewangan mereka.

Jika anda berhasrat untuk menabung bagi pendidikan anak anda, adalah lebih baik jika anda mula menabung seawal usia anak anda masih bayi lagi. Jangan tunggu sehingga mereka sudah bersekolah kerana ia agak terlewat. Ini kerana kos pengajian di peringkat universiti semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika anda menabung sejak anak anda masih bayi lagi, ia memberi peluang lebih lama untuk anda mengumpul wang bagi perbelanja­an pendidikan anak anda.

Oleh itu, sebaik-baiknya mulakan tabu­ngan dari awal seperti menyediakan tabungan pendidikan anak-anak seawal yang mungkin. Bukan setakat tabungan pendidikan sahaja, malah tabungan lain juga elok dimulakan dengan lebih awal. Ini akan memberikan keselesaan pada diri anda kelak.
NOORAZLEEN

0 comments:

Post a Comment