CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 24, 2011

Kebaikan akhbar dalam internet:

1. Ia dapat dibaca oleh pengguna internet seluruh dunia seperti pelajar M'sia dapat mengetahui perkembangan M'sia melalui internet.
2. Tak perlu membeli akhbar.
Rujukan maklumat
Bermacam-macam maklumat anda boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang anda akan berjumpa maklumat yang anda sendiri tak pernah fikirkan. Malah anda boleh membaca suratkhabar menerusi internet. Sekalipun anda sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini anda masih ada peluang membacanya menggunakan internet. Mudah, bukan?
Transaksi atau pemindahan
Transaksi atau pemindahan. Bagi yang sangat berminat dengan pasaran saham, internet boleh dijadikan satu alternatif untuk membuat transaksi. Anda juga boleh menempah tiket perjalanan kapal terbang ataupun menjalankan transaksi sistem perbankan serta membeli-belah melalui internet. Anda boleh menggunakan kad kredit bagi tujuan ini tanpa perlu bersusah payah ke mana-mana dan yang penting juga anda boleh melakukan di mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai talian telefon. Hebat, bukan?
Berkomunikasi
Berjuta-juta manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan mel elektronik (emel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Dan, ada pula yang menggunakan bilik sembang (chat) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Anda juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang anda minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Menarik, bukan?
Belajar
Salah satu alat bantuan dalam pembelajaran anda. Anda boleh mencari apa-apa maklumat penting untuk menyiapkan tugasan anda –sama ada anda pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti ataupun anda sudahpun bekerja. Maklumat serta data yang disediakan dalam internet kebanyakannya adalah yang terkini. Jadi, bukankah ini satu keistimewaan yang patut anda gunakan.
NOORAZLEEN

0 comments:

Post a Comment