CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

PENGUMUMAN KEMERDEKAAN DI PADANG BANDA HILIR, MELAKA


Pada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Banda Hilir, Melaka. Pada detik bersejarah ini YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang juga merupakan Yang Dipertua Agong Umno mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957. Serentak dengan pengumuman kemerdekaan itu pekikan ‘Merdeka’ bergemuruh di angkasa raya Padang Banda Hilir yang dibanjiri oleh lebih daripada 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Kemerdekaan ini dibuat sejurus selepas rombongan rundingan Kemerdekaan, diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang  memeterai Perjanjian Kemerdekaan pada 8 Februari 1956 kembali dari London. Kepulangan Rombongan Kemerdekaan YTM Tunku Abdul Rahman Putra ini disambut dengan meriah, rombongan ini diarak dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir, Melaka.
 
Pemuda UMNO menunggang motorsikal mengarak YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Rombongan Kemerdekaan yang disambut meriah di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Batu Berendam hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956, sekembali daripada menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.


by.adilamansor

0 comments:

Post a Comment