CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON


Pada 18 Januari 1956, bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik T.H.Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha Bersama. Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd. Seth Mohd Said.  Persidangan yang berlangsung selama tiga minggu ini merundingkan beberapa perkara berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu dikekalkan. Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
 
 
Rombongan Merdeka ke London. Berdiri dari kiri ke kanan: Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Encik  Abdul Aziz Majid, Kolonel H.S. Lee, Dato’ Mohd Seth bin Mohd Said, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Nik Ahmad Kamil. Berdiri di belakang sebelah kiri: Encik Abdul Kadir bin Shamsuddin (Setiausaha wakil Raja-raja) dan T.H. Tan (Setiausaha Perikatan).


by.adilamansor

0 comments:

Post a Comment