Pengenalan
Graf ialah bentuk grafik yang   menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel   yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan   tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan   mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf   majmuk
Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan   berganda. Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau   kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf   1 di sebelah.

Rajah 1 : Graf Bar Berganda
Graf garisan berganda   terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan   titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang   berlainan. Contohnya  graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu   bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).


Rajah 2 : Graf Garisan Berganda
Untuk menghasilkan graf, anda boleh   mengikut langkah-langkah berikut:
  • Mengumpul        maklumat dan data.
  • Merekod        maklumat dan data dengan teratur.
  • Membina        jadual.
  • Melukis        graf.
Graf Bar Berganda
Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
  • Terdiri        daripada sekurang-kurangnya 2 bar.
  • Tiap-tiap        bar mewakili satu set data yang tertentu.
  • Memudahkan        perbandingan.
  • Petunjuk        yang jelas diperlukan.
Kaedah melukis graf bar berganda.
  • Lukis        paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai        tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.
  • Pilih        skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.
  • Pilih        saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di        paksi melintang.
  • Lukis        bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar.        Bar-bar tersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.
  • Warna        atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.
  • Sediakan        petunjuk.
Tahun LelakiPerempuan Jumlah
20026234341057
2003569456456
20045734791052
20054925601052
20064406501090
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato’ Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006

Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato’ Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006
Tafsiran
  • Pada        tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato’ Seri Wan Mohamed         ialah seramai 1057 orang.
  • Pada        tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan        bilangannya seramai 1025 orang.
  • Pada        tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya        seramai 1052 orang.
  • Bilangan        seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005.
  • Berbanding        dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun        ke setahun. Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun        2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.
  • Pengurangan        yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 –        2005 iaitu sebanyak 81 orang

Graf Garisan Berganda

Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:
  • Terdiri        daripada dua atau lebih garis.
  • Setiap        garis mewakili satu set data yang tertentu.
  • Berguna        untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
  • Lukis        paksi menegak dan paksi melintang.
  • Tentukan        nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya        ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.
  • Pilih        skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi        menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.
  • Tandakan        pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana        padi merupakan nilai yang terbesar.
  • Sambungkan        tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.
  • Ulangi        langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan        kelapa.
  • Warnakan        atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang        berbeza.
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.
Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 – 1994

Negara19901991199219931994
China150120250330350
India13080150270250
Jepun190220300370450


Tafsiran
  • Jepun        merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh China dan India.
  • Nilai        eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.
  • Nilai        eksport terendah ialah India (1990).
  • Nilai        eksport semakin meningkat.
  • Nilai        eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan India